jodoh

Posted: 01 Februari 2013 by Bozu in
6

Helaian komik Kawan keluaran Mac 1997 itu aku selak satu persatu. Entah bagaimana komik yang sebegini bagus boleh berubah menjadi sebuah setan dua tahun kemudian akibat dari kendalian yang gagal sepenuhnya. Aku letak komik tadi di sebelah sambil memerhatikan padang rumput yang meluas di depan aku sekarang. Menyebut tentang kendalian yang gagal ini aku teringatkan sebuah cerita lama. Ini tahun 2005 punya cerita.

Dahulu aku pernah sekali berdoa kepada Tuhan agar ditemukan aku dengan jodoh dari orangan yang bagus-bagus dan kawasan yang bagus-bagus. Mungkin orangan yang bagus itu sudah kerap kali diceritakan orang kebanyakan dan aku sekadar meringkaskan cerita aku ni kepada hal kawasan yang bagus.

Aku berdoa kepada Tuhan agar jodoh aku itu nanti tinggal di dalam negeri yang mempunyai perbadanan negeri yang cukup mantap dalam menjaga kepentingan Bumiputera disamping mempelbagaikan kegiatan ekonominya dalam menjadi penggerak kepada pembangunan dan sosial ekonomi. Mempunyai kawasan perniagaan yang terancang sudah semestinya aku inginkan di dalam memastikan kelangsungan hidup aku bersama isteriku itu nanti. Kendirian hidup kami bersama juga aspek lain yang aku titikberatkan untuk perbadanan negeri titikberatkan.

Antara lainnya adalah kemajuan setempat yang dicapai hendaklah secara komprehensif dan bukannya jenis runcit-runcit. Hal yang telah lama aku research dan fikirkan ini bukanlah hanya untuk kepentingan individu tertentu iaitu aku dan isteri tetapi lebih kepada iktisad rakyat senegeri. Disamping dapat menaikkan taraf kehidupan mereka semua, imej korporat setiap orang lebih terpelihara di mata masyarakat dari negeri yang lain-lain dan mungkin sehingga menjadi aspirasi dan inspirasi kepada setiap dari mereka seadanya. Segala tanggungjawab sosial perlulah seragam dan segala aktiviti perladangan, hartanah, perindustrian, pelaburan dan pelancongan senantiasa berada di tahap maksimum dan terbagus di dalam kelas-kelas negeri.

Amacam?

6 respondens:

  1. zarifahmr says:

    masuk je perenggan kedua otometik aku baca gaya rapping malique.


    aku pun tak paham kenapa.

  1. minum biak ka apa?

  1. Bozu says:

    zarifahmr : Amboi bik pah ni, pantang membaca kerja nak merapping saja..

    Päk Läng : Biak biak Jitra boleh la, Kulim bersih woi!

  1. jitra ada dr.rozmey woi!
    biak dah jadi komersial di bawah naungan pemimpin air terawat dunia.

  1. phaz says:

    diringkaskan cerita,contohnya dari kawasan mana la agaknya tu?

  1. EZAN IDMA says:

    kahkah dah kenapa nya dah gaya ahli politik