kesian dalam kecewa

Posted: 14 November 2013 by Bozu in
3

Selesai sahaja bersarapan beberapa keping roti bakar dan secawan teh o nipis suam, aku turun ke pangkin rumah yang dibina betul-betul menghadap ke arah laut. Angin sungguh sedap bertiup pagi itu.

"Bagus sekali pemandangan pagi ini." Bisik aku pada diri sendiri. Kuda-kuda padi belaan aku masih sedang nyenyak tidur ketika itu di dalam bangsal.

Sambil menyalakan sebatang rokok, aku memerhatikan adik lelaki aku yang sedang tergopoh-gapah mengikat tali kasut sekolahnya. Dengan baju tak seterika, stokin sebelah lain-lain, beg tak zip habis, rambut sikat tengah memang membuatkan aku kecewa betul tengok dia ni. Langsung tak sama macam aku dulu.

"Paper apa hari ni?" Aku bertanya macam abang-abang.

"Sejarah." Adik aku menjawab ringkas tanpa melihat ke arah aku.

"Good luck!" Balas aku sambil menjempul ibu jari tanda bagus. Serentak dengan hembusan asap yang terakhir, aku jentik puntung rokok ke arah seekor siput babi yang sedang melintas. Terkenangkan nasib adik aku yang terpaksa berjuang berjalan kaki lebih 5 kilometer untuk ke sekolah, hati aku jadi sayu.

Aku jadi kesian juga ke dia walaupun tadi aku kecewa tengok dia.

"Nah rokok dua batang. Buat hisap tengah jalan nanti!"

melayu dan internet

Posted: 10 Oktober 2013 by Bozu in
5

Slurrp, bunyi susu ais dihirup dengan penuh berselera sekali. Jam ketika itu menunjukkan pukul 8.13 pagi. Perkara seperti bangun awal pagi dan tenang bersarapan di kedai ini adalah biasa sangat kepada aku. Sambil mencarik-carik roti canai di dalam pinggan, kepala aku ligat memikirkan keadaan harga baru rokok dan ekonomi orang melayu yang jauh kena tinggal. Mujurlah industri ubat seks dan singlet cegah boroi masih dipegang orang melayu kita.

"Ya Allah, pelajar perempuan semester 1 KPTM KL dirogol oleh 13 orang bangla secara bergilir-gilir sehingga meninggal di LRT Pandan Jaya!!" Jerit seorang makcik kepada suami di sebelahnya. Suaminya yang langsung jadi malu dengan gelagat isterinya itu berpura-pura tidak kenal. Sambil mengucap panjang, makcik itu cepat-cepat RT sambil menyuap seketul kuih berwarna hijau ke dalam mulut.

"Al-Fatihah kepada pelajar KPTM yang meninggal dunia dirogol bergilir-gilir oleh 13 bangla. Ya Allah, kau rahmati la si mati. Amin." Pinta seorang makwe berlegging di meja hujung kepada Tuhannya selang 2 minit selepas tu.

"Ya Allah, selamatkanlah pelajar-pelajar perempuan di Malaysia. Sesungguhnya mereka terlalu lemah untuk dibuat bahan mainan dan dirogol." Bisik seorang lelaki berkaca mata di meja sebelah kiri aku. Ada sekotak rokok jenama John di atas mejanya.

"Sedih dan takut kan bila ada seorang pelajar KPTM KL meninggal dunia akibat dirogol secara begilir oleh bangla. Al Fatihah. Minta dijauhkan la." Kata seorang adik manis berjeket politeknik warna biru kepada kawan semejanya.

"Is it true what I've been read? Seorang pelajar meninggal kerana dirogol Bangla? Is this truly happen in Malaysia? Innalillah. Fuck Bangla!" Soal seorang kakak berkemeja hitam dan skirt pendek putih kepada rakan sekerjanya yang ayu berbaju kurung Kedah dipadankan dengan tudung Syria.

"Kesian pelajar yang dirogol tu. Dah la 13 orang. Kimaknya bangla datang negara orang buat hal. Dasar barua!" Jerit seorang pemuda tegas sambil mengetuk-mengetuk meja dengan tapak tangannya.

"Takziah la pada keluarga pelajar perempuan KPTM KL yang meninggal dunia akibat dirogol bergilir gilir di LRT Pandan Jaya tu." Kata brader air kepada tukang masak. Tukang masak yang sedang berpeluh-peluh bermain asap itu masih sempat menganggukkan kepalanya.

"Sebagai seorang bekas pelajar KPTM, aku bersimpati atas pemergian makwe yang dirogol Bangla secara bergilir-gilir di LRT Pandan Jaya itu." Jerit Nabila kepada seekor kucing belang di bawah meja. Kucing belang pandang sahaja Nabila.

Sepi.

Selesai menghabiskan hirupan terakhir, aku bangun malas dari kerusi dan pergi mematahkan tengkuk setiap dari mereka tadi sambil menggeleng-gelengkan kepala lalu berlalu saja pergi. Marah dan kecewanya aku kepada mereka-mereka ini sehingga aku langsung terlupa membayar segelas susu ais dan sekeping roti canai.

Tempat sebenar

Posted: 15 Ogos 2013 by Bozu in
0

Berlalunya Ramadhan kali ini antara kesedaran mahupun tidak - tatkala setiap kasihan dari kita lebih diberikan kepada timur tengah, dikala setiap ihsan dari kita lebih diutamakan pada yang berjubah berkopiah, semasa setiap prihatin dari kita lebih ditujukkan pada yang berjanggut berjambang;


Sedang negara seperti Indonesia berpuasa selama 13 jam.

Sedang negara seperti Malaysia, Algeria dan Iran berpuasa selama 14 jam.

Sedang negara seperti Mesir berpuasa selama 14 jam setengah.

Sedang negara seperti Oman, Arab Saudi dan Qatar berpuasa selama 15 jam.

Sedang negara seperti Pakistan dan Jordan berpuasa selama 15 jam setengah.

Sedang negara seperti Kuwait berpuasa selama 16 jam.

Sedang negara seperti Uzbekistan berpuasa selama 16 jam setengah.


Tidak dari kita sedari;


Orang Islam Bangladesh, Hong Kong, Filipina dan Taiwan berpuasa selama 15 jam.

Orang Islam Sepanyol berpuasa selama 16 jam.

Orang Islam Jerman, Kanada, Republik Czech, Perancis dan Belgium berpuasa selama 18 jam.

Orang Islam England dan Belanda berpuasa selama 18 jam setengah.

Orang Islam Finland, Norway, Sweden dan Rusia berpuasa selama 20 jam.

Orang Islam Denmark berpuasa selama 21 jam.


“Wahai manusia! Sesungguhnya Tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas ‘ajam (yang bukan arab), atau ‘ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi). 


Jadi dimana sebenarnya kita letak tempat sebenar kasihan, ihsan dan prihatin dalam diri kita?

Maaf zahir dan batin

Posted: 07 Ogos 2013 by Bozu in
7


Päk Läng, Ashraf 'Don' Sahdan, Firdaus 'Hipster' Abu Yazid, Ismail 'Mael' Othman, Shahrul Naim Al-Deus, Hasrul 'Mat Gorn' Rizwan, Salihin 'Chacha' Zainuddin, Afandi 'Ben Joe' Johari, Haziqah 'Daboo' Radzi, Zullaeqa 'Kumon' Md. Nasir, Hadi 'Poyotito's' Abdullah, Hasbullah 'Berg' Nasip, Mohd Nor Alif 'Leplep' Abdul Munir, Fazli 'Pali' Salleh, Jelena Evic, Syafiq Effendi Faliq, Shaheir Jibin, Mikael 'Sapey' Safarwan, Mafazi 'Matshem' Ismail, Izzul 'Ejoy' Asyraf, Siti Syarifah 'Ipah' Mohd Jani, Bahruddin 'Dingin' Bekri, Didi Vervatov, Muhammad 'Yani' Iryani, Nini Marini, Sam Grunge, Amal 'Adik' Hamsan, Noor Ain, Abdullah 'Apis' Firdaus, Ben A, Aziha 'Zizi' Zainuddin, Mazmar 'Amar' Mansor, Randi Rahman, Nurul 'Nunu' Waheeda, Saiful 'Dino' Shimizu, Fariz '4x' Izwan, Khairul Hisyam, Arep Turner, Athifah 'Tifa' Ismail, Nazenin Audrey, Muhammad Fuad Salim, Helmi Amy, Pyan Opn Hd, Anwar 'Anwat' Hafiz, Sufian Abas, Nazri Vovinski Annuar, Pizzo Pizzofmine, Asang Da Condemnedemotion, Black Bohémien, Althea Melati,  Faiz 'Paeh' Edzahar, Syed Hafeez, Kiera Violet, Syahid van Abdullah, Lurve Julliette, Wadi AR, Mohd Shafarizam Vigil, Kumprinx Amin, Nabila Ali, Rudeen Lailarudeen, Ezan 'Makwe Lama' Idma, Mohammad Fierdauos Kosman, Izo 'Extra Moist' Hakim, Ap Ril, Luc Abdullah, Ahmad Kamal Abu Bakar, Khairul 'Along' Fazly, Amir Muhammad, Rafik Rahim, Mohd Amirul Bob, Mohd Elfy Epy, Ayam Fared, Nora Mazlan, Mohd Ariff, Kal El, Saya Jan Pakyat, Fdaus Ahmad Pidomat, Ahmad Fhahmi Kuruih, Ahmad Fhahim Gemok, Amir Syahir Yaakob, Mantraxian Hellica, Siti Latifah Abdul Manaf, Prey Son SixTnine, Rasyidi Razif, Iqbal Othman, Jelena Radovancev, Fardhizal Ahmad, Farid Sadri Mofasad, La Shook, Fauzi 'Ogy' Salih, Fadhlur Rahman Jamaluddin, Muhamad 'Jat' Aizat, Lucius Maximus, Kecik Fareez, Joe Whitlock, Luqman Shakur, Abu Ubaidah, Tarmizi 'Pak Imam' Zuki, Amirul Asyraf Azis, Elena Reeney, Own Nasrul, Shahrul Hafizan 'Kerk' Ibrahim, Asrul Muhammad Myvians, Azreen Yusof, Rahimin Idris, Fadzrin 'Parin' Tahir, Encik Kobain, Safuan 'Wantokbond' Ahmad, Brader Komeng, Anwar Effendi Mokhtar PRS, Aki Lockhart, Wa Nasuha, Ada Bubumb, Tok Rimau, Juna Sirqaf, Firdaus 'Pipiyapong' Abdillah, Izreen Syamimi, Tengku Izzul Eszol Syafiq, Chacha Ahmad Loh, Jarr Nadjmuddean, Faizol Awang, Izreen Syamira, Mynamais Cik Li, Hazwan Hussain, Pla Ti Pus, Zul Helmi Shaari, Zulkhairi Zamri, Cech Adrea, Mohd Syarani 'Bond' Sabri, Shafaza Zara Syed Yusof, Farina Ramlee, Nadhirah Suhaimi, Mohd Saiful 'Pon' Anuar, Mohd Roshidi, Wan Mohd Haniff, Mohd Khairil 'Tokpit' Hafeez, Saudagar Garam, Hafiz 'Apit Cikgu' Mozarella, Anaz Hikari, Amar 'Belagak' Amir, Ain Ali, Danial Ren, Pelawak 'Mat' Tulang, Mat 'Rasyid' Sayuq, Aiza J Rahman, Amar Hamid, Nurul Hidayu UITM, Erdy 'Tokmat' Rusydi, Fatimah Ali, Pinky Waneyda, Mohamad Azari, Azizah Whitlock, Zulfadli 'Doli' Zamari, Josiah Hogan, Afif Sani, Muhd Fadly 'Paly' Ishak, Jack Shoqsendiri, Lulu Hafiz Bulu, Muhsin 'Seyn' Abdul Razak, Syazrul 'Karim' Aqram, Aloy Paradoks, Shahir Yusoff, Nick Malik Badlyshah, Shikin 'Chicken' Ramlee, Amy Margerax, Nadi Rubisco, Hanis 'Maxgamer' Hashim, Sinaganaga Lan Benhussain, Wanny Mya, Muhd. 'Jidin' Tarmizi, Chica Fea, Ku Muhammad Zaimm, Jimbo Tiram, Bainun Waheeda, Isma Rudean, Shima Scarlett, Anis Shafiq, Zuraidah Binti Rosly, Siti Nur Fariza Nadzmi, Mohammad Ikhwan, Ahmad 'Hatta Yuth' Syukri, Afiq 'Kakashi' Harun, Mia Tarjudin, Ida Hasnida, Fazleena Hishamuddin, Ariana Adnan Couple, Nurul Mohammad, Rina Jainal, Tembakau Jiwa, Anas D. Luffy, Niena Ibrahim, Aisa Linglung, Mohd Jayzuan, Aifaa Rizwan, Mohd Ngerfan Bin Lennon, Shah Jehan Mohamed Yatim, Shah Iskandar Mohamed Yatim, Danial Hayat, Shafirul Azmie, Parkie Langau, Samiah 'Sam' Samin, Ahmad Ramzee Md Adib, Sueraya Lala, Dahlia Mazelan, Shahrulnizam Md Nor, Mohd 'Atan' Nafiq, Fezaru Jan, Muhammad Faiz 'Paid' Mahamad Tajuddin, Masitah Mujahidah Mohd Muayat, Emmy Husain USM, Ratu Pauli, Ham Abdullah, Amin Syah, Hazwani Firdaus, Ariff Radzi, Sheikh Al Arjan, Zaini 'ZanG' Sharudin, Stam Mustapha, Zulhilmi 'Cikgu Zul' Daud, Leman Puad, Dato Bandar, Kordi Rocker, Ulul 'Bapak' Albab, Encik Ron, Fizi Lazim, Abe Jenal, Yatie Raisyadrianna, Faridzul Bin Nordin, Khyrul Syaqanaz, Azfar Mindakon, Mat Burnt, Petak Daud, Mohd Zizou Zidane, Yap Ah Looi, Wan Muhammad 'Yap' Asyraff, Isaac Ismael, Saiful Azlan, Azlan Borhan Al-Kadri, Khairie 'KE' Azlan, Hanif 'Anip' Mohammad, Honeym Comei, Mohd Janatun, Sid Baek, AQu APi, Pak Sheikh, Wan Norhanieza, Asyraf Azhar, Haziq Pratama, Anasuhani 'Makwe Comel' Roslan, Mimie Mohd Zin, Erynz Syazeryn, Yus 'Pakndak' Aman, Yaya Hafiza, Zarifah 'Bikpah' Mohamad Ridzuan, Cikgu Cekodok Sodap, Ahmad Fathi Lutfi, Rara Syazeera, Shazwani Shamsuddin, Nurul Collas, Rozana 'Maksu' Tumirin, Mutalib 'Luca' Uthman, Shika 'Ulat Gonggok' Ismail, Khairel Ada Pjx, Izzaty Filza, Asyraf 'Panjang' Ahmad, Mohd 'Tokcin' Rusydi, Mysara Osman, Mohd Adha Zabidi, Hanis Arazmi, Que Jamaludin, Gee Zia, Bubu Liana, Asraff 'Acap' Rusdi, Syaida Azrudin, Zakiudin 'Kidin' Idris, Ain Loh, Nunu Farzana, Kamaruzzaman Mohd Khairi, Zaty Zakaria, Fatiah Ismail, Micci Wawa, Semut Hitam Anas, Syafiza Pja, Mohd FaNdi Sukri, Ali Oh Ali Larr Panjang, Nisha Haniff, Al Shuhada, Chicky Boom, Zar Nikolai Jr., Rose Merah, Aremar Ammar, Mohd Nazrul ' Kecik' Idris, Hassanhafiz Areson, Mohd Redzuan 'Wan GB' Othman, Shamil Raof, Firdaus Rahim, Natasha Rashidi, Mohd Fadzlan Idris, Cikgu Vee, Marija Evic, Najwa 'Wawa' Shameena, Arina Nadiah.

Allahyarham Muhammad Izwan bin Yaacob, Allahyarham Ibrahim dan Allahyarham Ahmad.

Dan kepada semua pembaca Blog Kechai, pembeli buku Hero, Ketakutan dan Kechai.


Puasa mengambil jarak dengan dunia agar manusia tidak jadi budaknya. Kerana dunia adalah permainan, bermegah-megah dengan bangunan, berbangga-bangga dengan kekayaan. Semua itu dapat melalaikan. Padahal manusia hanyalah pengembara, saat mati hartanya tak akan dibawa. Hanya amal soleh yang ikut serta. Yang ada disisi manusia akan sirna, yang ada di sisi Allah abadi selamanya.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, yaww.

Kecewa

Posted: 31 Julai 2013 by Bozu in
0

Selesai menunaikan solat terawih malam itu, aku tidak terus pulang ke rumah. Akibat lapar, aku singgah ke sebuah kedai serbaneka Ban Yu membeli dua buku roti. Sebuku perisa krim manakala sebuku lagi perisa kelapa. Nyam nyam nyam, aku makan sebuku demi sebuku. Sedap betul makan roti di dalam kereta.

"Tukk! Tukk! Tukk!" Tingkap kereta aku diketuk seseorang.

Faisal rupanya. Faisal kawan aku dari sekolah menengah. Faisal ni budak black metal. Semua band black metal dalam dunia dia kenal. Alunan Bathory, Immortal, Burzum, Mayhem, Dimmu Borgir dan Behemoth adalah zikir seharian Faisal. Faisal bila berjalan bergeser dengan kinetik black metal, bernafas hembus black metal dioksida. Faisal bukan biasa-biasa. Tahun 2001, siapa budak Kulim tak kenal Faisal dia budak Westlife. Itu tahun Faisal dengan budak band dia tengah naik, tengah gemilang. Bismisyaitan nama band mereka Faisal letak. Zaman tu semua nama band black metal mesti nak nampak ganas, syirik dan beria. Bismisyaitan membawa nama Kulim ke serata pelusuk tanah air dan mengharumkannya terutama di dalam scene black metal utara.

Kangar? Jitra? Alor Star? Baling? Sungai Petani? Penang? Taiping? Kuala Kangsar? Sungai Siput? Ipoh? Batu Gajah?

Semua terpaksa akur dengan kehebatan Bismisyaitan. Tetapi walaupun Faisal dan Bismisyaitan power yang amat, mereka tak pernah minum darah kambing, tak pernah pijak al-Quran, tak pernah zikir 666.

Berbalik kepada kisah Faisal mengetuk tingkap kereta aku tadi, lantas sahaja aku mempelawa Faisal menumpang kereta aku pergi minum-minum di sebuah gerai minuman kampung. Sambil bertanyakan khabar dan perkembangan terbaru, mata aku tidak terlepas dari memerhatikan fizikal Faisal.

Masih black metal; rambut lurus panjang, baju gambar iblis, seluar jeans hitam, tali pinggang ber-stud, but kulit, spike kiri kanan lengan.

Aku hirup kopi panas dari bibir gelas sambil mengangguk-angguk. True budak Faisal ni. Dari dulu sampai sekarang tak berubah. Macam-macam kami sembang malam tu. Kagum betul aku dengar cerita Faisal dan Bismisyaitan. Dekat nak Subuh, barulah kami sama-sama membuat keputusan untuk pulang.

Selesai sahaja menghantar Faisal pulang ke rumah, aku lempar kagum aku pada Faisal jauh-jauh. Aku kuatkan radio sambil mencarut Faisal bertalu-talu sambil berhati-hati memacu kereta mengelak lubang jalan. Kecewa betul aku tadi bila tengah sedap-sedap melepak, Faisal selamba keluar telipon main game Candy Crush depan aku. Ya, Faisal yang bila berjalan bergeser dengan kinetik black metal, bernafas hembus black metal dioksida tu.

biru itu adalah warna

Posted: 23 Julai 2013 by Bozu in
4

Beberapa hari yang lalu, aku telah menerima satu panggilan dari emak menyuruh aku pulang ke kampung untuk berbuka puasa beramai-ramai. Mengenangkan aku dan isteri yang tidak punya apa-apa rancangan, aku bersetuju sahaja untuk pulang ke kampung. Selain berfikir sudah lama juga aku tidak menjenguk keadaan mereka, aku juga terfikirkan menu berbuka yang tidak pernah tidak power dari emak aku. Ini sememangnya peluang yang tidak sepatutnya aku lepaskan.

Perjalanan pulang aku di dalam kereta petang itu terisi dengan cerita-cerita sensasi isteri aku di sebelah. Bila ada peluang aku akan menyampuk lebih kurang. Sesekali aku sekadar tersengih-sengih. Perempuan bila bercerita cerita yang mereka suka memang comel. Ini sedikit sebanyak menghasilkan satu suasana yang romantis di dalam kereta. Walaupun suasana sangat romantis, fokus aku pada jalan raya tidak sesekali aku abaikan. Malang sekali, perbualan dengan isteriku sedikit sebanyak terganggu dengan bebelan Ikhwan Hot fm yang dari tadi melalut mengenai perlawan Chelsea menentang Malaysia. Melalut serupa orang gila.

Setelah menempuh perjalan yang berliku, kereta aku tiba di perkarangan rumah emak sambil di sambut oleh beberapa pohonan buluh yang melambai dan kawanan ayam yang berkokok. Sambil memunggah barang-barang yang hendak dimasukkan ke dalam rumah, adik aku secara tiba-tiba saja datang menegur. Berjersi Chelsea gitu.

"Tak pi tengok game Chelsea ka?" Ringkas sekali soalannya petang itu.

"Dak." Lebih ringkas jawapan yang diberikan aku.

"Oo..tau dak Chelsea telah diasaskan pada 10 Mac 1905 di sebuah pub bernama The Sun Rising. Pada peringkat ini mereka mempunyai pesara puncak dan sehingga digelar "The Pensioners. Perkara ini berkekalan sehinggalah Ted Drake menjadi pengurus dan kelab Chelsea dimodenkan." Terang adik aku panjang lebar.

"Ahh, peduli apa aku. Nah ambil beg ni bawa masuk. Aku penat puasa ni, jangan bagi aku mencarut."

"Pada tahun 2007 pulak, Chelsea terpaksa mengharamkan peminat dari membawa 'Celery storks' ke Stamford Bridge kerana pengadil merungut mengenainya yang dibuang di atas padang. Celery Storks ini digunakan oleh peminat Chelsea ketika menyorak." tambah adik aku sebelum berjalan masuk ke dalam rumah membawa beg.

Aku berdiri sambil bercekak pinggang runsing melihat perangai budak Chelsea zaman sekarang.

*****

Selesai saja mandi dan bersiap secara ala kadar untuk berbuka, aku meluru ke dapur memerhatikan emak yang masih rancak memasak. Sedap bau masakan itu hanya aku dan Tuhan yang tahu. Sambil menarik kerusi dari bawah meja, aku cuba berborak-borak jenis anak ibu. Belum pun sempat borak aku dan emak sampai jauh, adik aku datang menarik kerusi di sebelah.

"Hang tau Chelsea telah menjadi subjek dalam beberapa filem mengenai bola sepak. Ini termasuk di dalam filem "The Great Game" yang menampilkan pemain dari pasukan Chelsea pada era 1930 dan terdapat juga beberapa adegan yang difilemkan di Stamford Bridge itu sendiri. Filem-filem lain yang memaparkan Chelsea adalah The Football Factory and Jhoom Barabar Jhoom"

"Hang ni dah kenapa dari tadi tak habis-habis dengan hang punya Chelsea, dah gila?"

"Alaa, hang ni dengan adik pun nak berkira. Dia seronok la tu lama tak jumpak hang. Nah, ambik lauk ni bawak pi depan. Boleh dah siap-siap kita berbukak." Jawab emak aku penuh ketenangan. Adik aku disebelah terkekeh-kekeh ketawa. Sambil menyambut pinggan yang berisi lauk udang lipan masak kunyit itu, mulutnya menyanyikan bait "Blue is the colour, football is the game. We're all together and winning is our aim. So cheer us on through the sun and rain cause Chelsea, Chelsea is our name" dengan penuh yakin sekali.

Setelah segala lauk pauk, kuih-muih, nasi dan minuman selamat dibawa ke ruang makan, kami semua berkumpul di dalam bentuk bulatan. Setiap seorang sepertinya tidak dapat menahan lagi melihatkan juadah yang sangat lazat yang terhidang di hadapan mata masing-masing.

"Berapa minit lagi ni?" Tanya aku tidak sabar-sabar lagi.

"Dua jam dua puluh minit lagi." Jawab adik aku tenang.

"Aku tanya berapa minit lagi nak bukak puasa la, bukan game Chelsea ngan Malaysia!"

Adik aku tersengih-sengih serupa Maurinho sengih. Aku telan saja air liur geram.

Gaya hidup sihat

Posted: 21 Julai 2013 by Bozu in
1

Selesai sahaja mandi dan solat Asar, aku tidak pergi berbaring atas katil di dalam bilik tidur. Aku tidak sekali membuka televisyen menonton rancangan yang menarik. Malahan aku sama sekali tidak cuba merehatkan diri aku walaupun aku sangat berpeluang untuk berbuat demikian. Sebagai seorang yang lengkap dengan gugusan nilai-nilai murni, berfikiran positif, menguasai ilmu dan kemahiran bagi menempuh kemajuan peradaban yang akan datang, penzahiran "Sembilan Gaya Hidup" di dalam mengadunkan elemen-elemen Pembangunan Minda, Pembangunan Kemahiran, Pembangunan Rohani, Pembangunan Kemasyarakatan dan Kecergasan Fizikal sentiasa menjadi prioriti di dalam aturan hidup aku saban hari.

Dan sudah menjadi perkara lazim, tepat sahaja jam lima petang aku pasti akan berada di Taman Tasik Kulim. Jika tidak berlari, berjoging ataupun berjalan, aku pasti dilihat sedang melakukan senaman ringkas menggunakan kepala, tangan, badan mahupun kaki. Selain dapat menyihatkan badan, disiplin yang diterapkan aku ini secara tak langsung dapat menghindarkan diri aku dari penyakit seperti kardiovaskular, diabetes, obesiti, kanser usus, kanser payu dara, penyakit jantung koronari, strok, tekanan darah tinggi, osteoporosis, kemurungan dan keresahan. Kadang kala jikalau cuaca cantik, aku akan melakukan aktiviti berenang.

Apabila jam menghampiri waktu masuknya Maghrib, aku akan menghentikan segala aktiviti dan berlalu pergi ke sebuah buaian bagi menghilangkan lelah. Sambil membiarkan badan yang berpeluh kering dengan sendirinya, aku sentiasa mengambil peluang ini memerhatikan penerapan anak muda Kulim kepada sembilan gaya hidup terbilang iaitu wajadiri, masyarakat, cinta alam, wirausaha, kecergasan, seni budaya, inovasi, sukarelawan, wawasan desa dan jiran muda. Malang sekali, apa yang aku terpaksa saksikan hanyalah pergaulan bebas, lumba haram, pecah rumah, samun, hidu gam, pembuangan bayi, hisap rokok karen, vandalisme, join pekida, salahguna dadah, ragut, buli, dressing kpop dan ponteng sekolah. 

Benda libat budak-budak macam ni, aku memang malas nak cakap banyak. Aku harap Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara fokus sama hal sembilan gaya hidup anak muda Kulim ni. Jangan sampai aku suruh Hasrul Rizwan pi tampaq sorang-sorang sudah.